Thursday, October 24, 2013

Kenapa beria sangat?

Malam ni nak jawab persoalan yang ditanya dulu iaitu kenapa CM beria sangat nak kurus? Hahaha...beria sangat ker? Mestilah beria kerana xde pun orang kat dunia ni nak jadi gemuk. Uols nak jadi gemuk? Xnak kan?. Titik tolaknya bermula masa hari latihan sukan sekolah. Masa tu latihan lompat jauh kat padang. Ada la sorang member ni ambik gambar. Sebelum ni CM x pernah pun ambik gambar penuh. Kononnya nak cover la x nk bg nampak gemuk hahaha. Jadi CM x thu la bentuk badan ni mcm mana perasan kurus jer lebih. Menyampah betul hahaha. Jadi member CM pun post la kt group dlm what's up. Terkejut CM tgk, huduh sangat bentuk badan macam tu. Macam tongkang pecah pun ada. Hahaha. Sebelum ni perasan jer lebih.  Seminggu CM termenung mcm mana nak buat nih. Lepas tu kan, CM tekad nak kuruskan badan. Ada la cerita kat kawan hajat nak kuruskan badan. Dia pun bagi la semangat kat CM. Jadi bermula awal puasa CM mula diet yang agak keras. Langsung x jamah nasi hanya makan sup sayur, ikan bakar dan minum air oat. Sebulan puasa turun lebih 10 kg. Banyakkan? Lepas sahaja bulan puasa CM nekad nak masuk gym kat padang jawa. Tu pun kawan yang cerita pasal gym. Selain gym, CM juga akan jogging kat stadium kota raja paling kurang 3 kali seminggu. Diet ttp diet. Sehingga sekarang pun CM tidak makan nasi lagi cuma makan bihun sup, sup daging, buah dan makanan yang ringan jer. Setakat malam ni berat CM dah kurang 20 kg dah. Tak payah la cerita berat brp kg dah hahaha.

Kalau uols nak tahu, dulu masa gemukkan CM pernah berangan nak jadi kurus. Siap nak buat permintaan lagi kalau dpt minta apa yang dihajati. Lucu betul. Sekarang CM akan cuba turunkan lagi dalam 10kg. Harap2 mimpi ini jadi kenyataan. Nak jugak pakai seluar dan baju size L. Hahaha. Baru la ada keyakinan diri sikit nak berdepan dengan orangkan. Kalau tak sebelum ni rasa rendah diri sangat. Rasa malas nak menonjol kat tmpt2 orang ramai.  Sekarang ni keyakinan diri tu mula ada dan akan terus berusaha dengan lebih keras lagi supaya cita2 CM akan tercapai. Menyampah betul tgk gbr tu hahaha...

Ni la Gambarnya..macam tongkang pecah.
 Benci betul tengok menyampah hahaha



Inilah gambar sekarang. Tiada lagi perut buncit hahaha. Maaf la ambik gambar sendiri. Xde orang nak tlg ambik.

Related Posts:

  • Tips menghafal Al-Quran Assalamualaikum.Al-Quran dan As-sunnah merupakan 2 perkara yang telah ditinggalkan oleh Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana hadis Rasullullah SAW yang membawa maksud :- "Aku tinggalkan kepada k… Read More
  • Cara Pengeluaran KWSP untuk Bayaran PTPTN   *Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman PTPTN adalah seperti berikut : * a. Permohonan Pengeluaran Oleh Ahli - Bagi pengajian ijazah dan diploma, perjanjian pinjaman adalah dari 2 J… Read More
  • INFO AUTO: Cara-cara penjagaan kereta 1. Setiap pagi sebelum masuk ke dalam kereta, cuba keliling kereta. Perhatikan tayar cukup ke tidak angin. Tiada benda-benda yangmelekat pada tayar atau mana-mana bahagian kereta. 2. Sebelum hidupkan enjin, onkan sui… Read More
  • 10 Sebab Komputer Hang Info IT, kenapa komputer/laptop anda selalu hang? Kalau dah hang, ubatnya ada 2 jer: 1. Ctrl+Alt+Delete - Start Task Manager - Klik pada program yang ‘not responding’ - End Task Jika Task Manager pun tak boleh run 2. Force R… Read More
  • Cikgu goncang seluruh badanJohor Bahru: Hanya kerana tidak pandai berbahasa Inggeris, seorang murid lelaki berusia tujuh tahun dikasari dengan dipercayai digoncang seluruh badan selain ditolak ke dinding oleh seorang guru lelaki, hingga jatuh telent… Read More

0 Komen: