Friday, December 10, 2010

Isu pendidikan dalam Temuduga KPLI 2011

Selepas anda dapat memasuki temuduga KPLI nanti ada beberapa isu yang saya fikir perlu anda ambil perhatian. Kemungkinan isu isu ini di tanya dalam temuduga adalah amat besar.

Kebarangkalian itu amat tinggi. Isu mengenai PIPP rasanya sudah tidak relevan lagi kerana pelan ini berakhir pada tahun ini. Namun anda jangan lupa untuk membaca PIPP juga kerana ada kemungkinan pencapaian PIPP ini pula akan di tanya.

Isu pendidikan yang mungkin akan menjadi perhatian penemuduga ialah tentang salah satu bidang NKRA iaitu mengenai akses pendidikan kepada rakyat dan mengurangkan keciciran murid di pedalaman.

Slogan Satu Malaysia Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan juga akan menjadi topik yang amat popular kerana ia adalah dasar kerajaan sekarang. Soalan mengenai dasar penghapusan PMR di sekolah dan School Based Assesment menggantikan PMR amat sesuai untuk di fahami dengan sebaiknya.

Begitu juga dengan KSSR dan transformasi pendidikan yang saling berkait pun perlu di ambil perhatian.KSSR atau kependekannya Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan bermula pada tahun hadapan untuk menggantikan KBSR. Ini paling penting untuk anda ambil tahu.

Pada masa saya di temuduga dahulu, soalan yang di tanya kepada saya ialah mengenai Tahun Melawat Malaysia 2007 dan apakah peranan saya sebagai guru untuk mempromosikannya kepada murid di sekolah. Terkebil kebil jugalah saya menjawabnya kerana tidak bersedia pada topik itu.

Hanya yang di jawab oleh saya ialah melalui aktiviti P&P dan menganjurkan murid supaya menegur pelancong asing yang mereka jumpa kat mana mana dan menganjurkan hari kantin.

Saya pun dah lupa apa yang saya jawab tentang hari kantin ni.. Hahaha. Jadi kesimpulannya , penemuduga mungkin akan cenderung bertanya aras soalan sebegini. Contohnya , “apakah peranan anda sebagai guru untuk membantu kerajaan membentuk perpaduan rakyat di negara ini?. Apakah yang anda akan jawab?. Ok fikirlah sebaiknya dan kaitkanlah dengan Slogan Satu Malaysia.

Walau apapun tahniah jika anda berjaya layak ke temuduga, Apabila layak nanti jadi la guru yang ikhlas dan jujur dalam pekerjaannya. Biarlah apa orang ramai nak kata tentang KPLI ni.

Mereka ni hanya nak pukul rata semua guru KPLI tak berkebolehan. Sedangkanpada hakikatnya semua guru sama sahaja. Ada yang cemerlang dan ada yang tidak ia tak mengenal dari cabang mana dia berasal.


0 Komen: