Monday, December 6, 2010

Serap GSTT ke jawatan tetap

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian khusus mengenainya sedang dijalankan dan ia dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kementerian sedar ketika ini terdapat ramai GSTT yang berkebolehan serta berkemampuan namun gagal menempatkan diri ke jawatan tetap kerana tempat yang disediakan adalah terhad.

"Bagi membolehkan mereka diserap ke jawatan tetap, kementerian menggalakkan GSTT memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Namun kami sedar, bukan semua 12,546 GSTT akan diterima kerana tempat yang terhad.

"Justeru, satu kajian khusus sedang dijalankan dan kita akan mengetahui hasilnya dalam masa terdekat. Kementerian prihatin dengan nasib guru berkenaan kerana ada antara mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang meminta kementerian menyatakan sama ada wujud dasar menyerap semua GSTT ke jawatan tetap setelah mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).

Sementara itu, Mohd. Puad menjelaskan, kementeriannya masih meneruskan program KDC dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) bagi menyerap GSTT ke jawatan tetap.

"Seramai 1,400 guru GSTT akan menyertai kedua-dua program tersebut 22 November depan bagi melayakkan mereka diserap ke jawatan tetap.

"Bagi yang tidak terpilih KPLI, KDC dan KDPM, Kementerian Pelajaran prihatin dengan nasib mereka. Menyedari minat serta kelayakan yang ada pada GSTT, sebab itulah kementerian menjalankan kajian tersebut," ujarnya.


Coretan moka :

Semoga ia akan menjadi kenyataan, kerana ramai guru-guru gstt yang berkaliber dan berkualiti untuk menjadi guru tetap. Disebabkan oleh peluang dan rezeki belum menyebelahi mereka, ia telah membantut impian guru gstt untuk menjadi guru tetap.

Related Posts:

  • Jawatan GSTT di Negeri Melaka - Jan 2011JAWATAN:- Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)(Sekolah Menengah negeri Melaka)SYARAT-SYARAT:1. Warganegara Malaysia2. Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah dan 30 tahun bagi bukan siswazah3. Mempunyai kelayakan akademik y… Read More
  • Guru sandaran (GSTT) menang tuntutan samanSHAH ALAM: Seorang wanita yang hilang kerja guru sandaran tidak terlatih berikutan kehamilan berjaya dalam tuntutannya apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengisytiharkan bahawa dia layak dan berhak dilantik untuk jaw… Read More
  • Guru sandaran rayu sambung kontrak Sebahagian daripada guru sandaran tidak terlatih (GSTT) menunjukkan berita mengenai nasib mereka selepas tidak disambung tugas sebagai guru walaupun ada kenyataan pihak tertentu mengekalkan jawatan itu di Kangar, sema… Read More
  • 13,000 GSTT diambil semulaKINABATANGAN 3 Mac – Nasib hampir 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang ditamatkan tugas baru-baru ini bakal terbela apabila kerajaan bersetuju mengambil semula mereka untuk berkhidmat. Timbalan Perdana Menteri, T… Read More
  • Serap GSTT ke jawatan tetapKUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. … Read More

0 Komen: