Thursday, December 30, 2010

NKRA pendidikan

NkraPenting kepada para guru dan juga yang bakal ditemuduga untuk lantikan spp atau yang berkaitan dengan perguruan. Nota di bawah ni boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjadi seorang guru yang berkesan bukan hanya untuk lulus temuduga sahaja. semoga info ini membantu kita kelak. ...

Tuesday, December 28, 2010

Panduan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Cara penyampaian/berkomunikasi: Seseorang calon temuduga perlu mempunyai kemampuan untuk menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional, lojik, jelas, tepat dan padat. Selain itu, calon juga hendaklah fasih dan cekap dalam penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Perlu mengetahui pengetahuan semasa/am: Seseorang calon temuduga perlu mempunyai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik dan dapat berbincang secara asas mengenainya...

Guru kedua tumpu tugas sampingan

Cadangan ringan tugas pendidik, jamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran KUALA LUMPUR: Cadangan menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Peng, berkata antara lain guru pembantu boleh menumpukan kepada tugas sampingan lain seperti perkeranian serta pengurusan program...

60,000 guru ijazah 2015

40,000 dijangka ikuti program pensiswazahan mulai Mac tahun depan KEMENTERIAN Pelajaran mempergiat usaha meningkatkan tahap kelulusan akademik pendidik pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) menerusi memperuntukkan RM1.4 bilion bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG). Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata program bertujuan mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015. Beliau berkata, sekurang-kurangnya 40,000 guru dijangka mengikuti PPG di institut pendidikan...

PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “JOGOK656:BHA27332; Engku Muzahadin, UPM & Zahiruddin Zabidi, Wangsa Maju dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 1, 2 & 4 Disember 2010 – Pendidikan Seks di sekolah. KPM telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) sejak 1989 di sekolah...

Isu Guru - Berunding selesai masalah

Jika dulu guru dinobat golongan paling dihormati, kini semakin diperlekehkan dengan pelbagai isu remeh dan kurang menyenangkan.Imej semakin tercalar apabila masyarakat kian berani mencabar, sekali gus mempertikaikan kewibawaan guru hingga pergeseran semakin parah.Pelajar menjadi sasaran yang sering dipersalahkan sementara sekolah berada dalam dilema. Masing-masing cuba menegakkan kebenaran hingga mewujudkan suasana kurang harmoni dan mengganggu proses pembelajaran.Ini gus mengundang persoalan, begitu mudahkah masyarakat memperkotak-katikkan...

Hanya guru berkelayakan ajar BM

PUTRAJAYA 25 Dis. – Kementerian Pelajaran mengarahkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menempatkan guru yang mempunyai kelayakan sahaja untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia mulai tahun depan.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud (gambar) berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan ia selari dengan kehendak pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).“Guru yang mengajar Bahasa Malaysia untuk Tahun Satu dan Dua di SJKC dan...

PTPTN: LHDN jangka laksana skim potongan gaji mulai 2012

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka dapat melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari, 2012. Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat draf undang-undang, sistem dan operasi dengan PTPTN bagi membolehkannya mengutip pinjaman dengan lebih berkesan. "Draf yang sedang dikemas kini akan dibawa ke Parlimen selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun depan,” katanya...

Monday, December 27, 2010

Dilema penempatan guru

Masalah penempatan guru memang rumit untuk diselesaikan. Ia menjadi bertambah sulit apabila terdapat segelintir daripada 400,000 guru yang masih dalam perkhidmatan memohon bertukar sekolah dengan alasan yang kurang wajar. Rata-rata mahu mengajar di sekolah yang dekat dengan rumah. Lalu mereka cenderung menjadikan alasan rumah sedia ada atau rumah yang baru dibeli berhampiran sekolah sebagai sebab untuk bertukar tempat mengajar. Sememangnya semua orang dalam apa jua profesion pun menginginkan jarak tempat tinggal yang berhampiran dengan tempat...

Koleksi HSP & RPT BM (SK)

Kadang-kadang susah betul nak cari HSP untuk subjek BM ni termasuk HSP PKJR (Pendidikan Keselamatan Jalan Raya). Bersama artikel kali ini, saya sertakan beberapa koleksi HSP yang saya ada untuk dikongsi. Sukatan Pelajaran BM (SK) : DownloadHuraian Sukatan Pelajaran BM (SK) – Tahun 1 : DownloadHuraian Sukatan Pelajaran BM (SK) – Tahun 2 : DownloadHuraian Sukatan Pelajaran BM (SK) – Tahun 3 : DownloadHuraian Sukatan Pelajaran BM (SK) – Tahun 4 : DownloadHuraian Sukatan Pelajaran BM (SK)...

Wednesday, December 22, 2010

Menambah nilai dikir barat

KETUA Kumpulan Dikir Barat Tok Sangkut, Zulplay Mat Junus (tengah, pegang piala) bersama anggota kumpulannya yang muncul juara dalam pertandingan dikir barat pada Majlis Merakyatkan Seni Budaya Dikir Barat 1Malaysia di Pasir Mas, baru-baru ini. PASIR MAS 16 Jun - Dikir barat yang merupakan satu bentuk hiburan tradisional masyarakat Kelantan terus subur kerana keupayaannya disesuai dan dikembangkan mengikut peredaran zaman. Lazimnya pada...

Tuesday, December 21, 2010

Nasi Kerabu Hijau

MEHTONG sedang menyediakan ramuan untuk sajian nasi kerabu hijau di Kampung Terbak, Tumpat semalam. NASI kerabu cukup sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang. Namun, satu perkara yang mungkin tidak ramai mengetahuinya adalah hidangan yang menjadi simbol negeri Kelantan itu sebenarnya berasal dari negara jiran, Thailand. Masyarakat Melayu Kelantan menghasilkan variasi nasi kerabu. Daripada nasi yang berwarna kuning, biru dan hitam sehinggalah...

Thursday, December 16, 2010

Senarai blog moka

1.Terkenang zaman masa belajar kat um dulu. Masa tu tahun 2006 jam 1 pagi kalau x silap la. Saja suka-suka buat blog, maklumla baru nak belajar buat blog..buat la sampai jam 7 pagi. nama blognya koyie homepage. tapi yang jadi masalahnya dah lupa apa paswordnya..huhu..jadi x boleh la nak edit blog tu dan hanya tinggal macam tu la..so kalau nak tgk g la blog saya ni :http://www.freewebs.com/koyie/index.htm2. Ada lagi satu blog dari wordpres yang dibuat...

Tuesday, December 14, 2010

Dua Guru 1 Kelas

Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidikKUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru. Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom....

Monday, December 13, 2010

GRADUAN UNISEL TERKILAN GAGAL MOHON GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Lulusan UNISEL Kecewa, Kedah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 1 Oktober 2010 – Graduan UNISEL terkilan gagal mohon guru. Dimaklumkan bahawa penawaran pelantikan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) buat masa ini adalah terhad kepada graduan keluaran Institut...

KPLI MENGUNDANG KEBIMBANGAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Sin Chew Daily (ME9) bertarikh 13 Oktober 2010 – KPLI mengundang kebimbangan. Jawatankuasa Keperluan Unjuran yang dipengerusikan oleh Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM telah mengunjurkan bahawa tiada keperluan bagi bidang pengkhususan Bahasa Cina di Sekolah Jenis...

Saturday, December 11, 2010

Calon lulus kursus perguruan terus dilantik guru tetap

2010/06/22 PUTRAJAYA: Calon yang telah lulus kursus perguruan akan terus dilantik sebagai guru tetap dan bukan lagi sebagai Guru Sandaran Terlatih, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu akan dilaksanakan dalam pengambilan yang akan datang, yang bukan sahaja akan menjimatkan kos dan masa, tetapi memberikan status perjawatan yang lebih baik kepada guru terlatih itu....

Friday, December 10, 2010

8 MISTERI DUNIA... kekuasaan Allah

1. Petir Abadi di VenezuelaPetir Catatumbo yang misterius adalah sebuah fenomena alam yang unik di dunia.. Terletak di muara sungai Catatumbo di Danau Maracaibo. Fenomena ini berupa awan petir yang membentuk sebuah “garis” kilat sepanjang 5 kilometer, setiap 140 - 160 malam dalam setahun, selama 10 jam tiap malam, dan lebih dari 280 kali dalam 1 jam itu. Ini hampir bisa disebut ‘badai permanen’. Petir ini mempunyai intensitas 400.000 ampere dan...

Memartabatkan profesion guru bukan dengan penyerapan GSTT

2010/12/10 SAYA ingin merujuk kepada aduan oleh ‘GSTT’ dan ‘cikgu lama’ dalam ruangan ini kelmarin.Berdasarkan pandangan itu, saya mengakui berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan. Bagaimanapun, kita tidak boleh nafikan pandangan dan peringatan sesetengah pihak yang sedia menyedari hakikat profesion perguruan di Malaysia. Saya suka mengemukakan satu persoalan. Adakah profesion perguruan di Malaysia sudah dianggap satu kerjaya profesional? Mungkin ada kalangan kita termasuk saudara sendiri mengatakan...

Guru Tuisyen Sambilan

Geledah punya geledah kat internet jumpa la jawatan kosong ni bagi yang berminat sangat nak jadi guru . Untuk pengalaman awal, bolehla mohon guru tuisyen ni dulu sebagai persiapan untuk mohon KPLI atau DPLI nanti. Yang dah jadi cikgu pun rasanya boleh memohon asal kerja kita disekolah tak terabai. Ngajar sambilan jer pada hujung minggu boleh tambah pendapatan..P/S : seronoknya kalau boleh ngajar KelantanGuru Tuisyen secara sambilan pada hari Jumaat & Sabtu diperlukan untuk pelajar sekolah rendah & menengah bagi subjek :1) Sains2) Matematik3)...

Isu Cikgu suka bermain Facebook di sekolah

Dalam isu cikgu-cikgu bermain facebook di sekolah, rasanya ramai yang ada pandangan yang berbeza. Seperti yang kita tahu, memang kebanyakkan sekolah sekarang samada sekolah rendah ataupun sekolah menengah memang mempunyai talian internet. Kena pula talian internet itu menggunakan Streamyx dan kita semua maklum talian itu memang sangat laju. Jadi, mari kita bincang bagus ke tak ada internet kat sekolah ni.. 1. Dengan adanya kemudahan internet, cikgu boleh membayar bil-bil yang tertunggak seperti bil elektrik, bil telefon, bil kad kredit dan...

Jenis dan Kategori Guru yang anda mungkin Tak Tahu

Ok. Di sini, ada kategori bagi setiap guru yang anda mungkin tak tahu. Walaupun secara luarannya, nampak sama sahaja. Tapi ada perbezaan yang ketara antara guru-guru tersebut. Antaranya.. 1. Guru Tetap. Ini antara yang paling biasa dan ramai orang boleh kenal pasti yang diorang ni guru tetap atau tak. Lagipun, majoriti masyarakat menganggap semua guru adalah guru tetap. Tak ramai yang tahu tentang kategori atau jenis guru yang sepatutnya diorang tahu. Guru tetap ni kerjanya selain menjadi guru disiplin tak rasmi, mereka juga perlu mengajar...

Syarat untuk Serap GSTT ke Jawatan Tetap

Yahh, ini satu lagi isu GSTT(Guru Sandaran Tak Terlatih) yang makin hangat dalam tahun ini. Kalau tak silap aku, dah ada dekat 4-5 kali cerita GSTT msuk berita dan banyak kali juga dalam surat khabar dipaparkan. Kiranya, macam cerita panas gak dalam bidang perguruan ini. Ramai dikalangan GSTT yang mahu diserapkan ke jawatan tetap walaupun mereka semua tahu yang mereka cukup sukar untuk mendapat jawatan tetap tersebut. Untuk yang masih belum tahu, GSTT yang dilantik hanya untuk menampung kekosongan jawatan dan kekurangan guru pada suatu masa...

Permohonan GSTT tahun 2011 masih lagi dibuka

Malam tadi, bila aku godek-godek kat laman web KPM dan geledah Google. Aku terjumpa satu website yang berkaitan dengan Guru Sandaran Tak Terlatih dan bila aku teliti, memang ada borang untuk kita memohon GSTT untuk tahun depan. Ini bermaksud, borang permohonan telah dibuka dan sesiapa yang berminat nak jadi GSTT, bolehlah apply dan isi borang tersebut. Di sini, aku letakkan juga maklumat Am tentang cara nak apply atau permohonan guru sandaran tak...

12 ribu GSTT TIDAK akan diberhentikan

Beberapa hari lepas, aku dengar berita yang agak panas. Dengarnya, Kementerian Pelajaran tidak akan memberhentikan sebahagian daripada 12,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara yang bakal tamat kontrak tahun ini. Wahh, ini satu berita baik. Nak dengar berita lagi baik? Tarik nafas dalam-dalam. Ok, ini dia. GSTT Bakal diserap ke jawatan tetap secara berperingkat jika mengajar lebih 3 tahun. Tu dia!! Tak kesahlah secara berperingkat ke secara pairing ke atau melintang dan menegak, janji diserap ke jawatan tetap. Aku yakin...